Tuesday, May 18, 2010

Israel Akan Hadang Kapal Pembawa Bantuan Palestina

Israel Akan Hadang Kapal Pembawa Bantuan Palestina

Selasa, 18/05/2010 13:18 WIB

KNRP - Seorang pejabat senior Israel, Senin, mengatakan pada para diplomat Eropa bahwa rencana oleh para aktivis pro Palestina untuk mematahkan blokade angkatan laut Israel terhadap Jalur Gaza adalah "provokatif" dan tindakan itu akan dihentikan.

Gerakan Gaza Merdeka, kelompok internasional yang berusaha untuk mengapalkan barang-barang kemanusiaan dan aktivis ke jalur pantai itu, bermaksud untuk mengirim tiga kapal barang dan lima kapal penumpang ke Gaza dari Irlandia, Yunani dan Turki.

"Ini adalah provokasi dan pelanggaran atas undang-undang Israel," kata Naor Gilon, wakil direktur jenderal kementerian luar negeri Israel, pada duta besar Irlandia, Yunani, Turki dan Swedia, yang warganya, menurut kementerian itu, terlibat dalam rencana tersebut.

Gilon mengatakan, seperti dikutip oleh sebuah pernyataan kementerian luar negeri, bahwa Israel tidak punya maksud untuk membolehkan armada kecil itu masuk Gaza.

Laman Internet Free Gaza Movement menjelaskan bahwa kapal Rachel Corrie berbobot 1.200 ton telah meninggalkan Dudalk di Irlandia pada 14 Mei dan akan bertemu dengan dua kapal lainnya di Laut Tengah. Gerakan itu menyebut ketiga kapal yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tersebut sebagai "Freedom Frotilla".

Israel telah mempertahankan blokade ketat terhadap Jalur Gaza sejak gerakan Islam Hamas merebut kekuasaan di wilayah itu pada 2007, setelah mengalahkan saingannya Fatah dalam pertempuran sengit.

Juni lalu kapal Israel mencegat sebuah kapal yang membawa sejumlah wartawan dan aktivis, termasuk penerima hadiah Nobel perdamaian Irlandia, Mairead Maguire, dari Siprus ke Gaza dan menariknya ke pelabuhan Ashdod di Israel selatan.

Para awak dan penumpang kapal bantuan Palestina itu pulang setelah diinterogasi oleh polisi Israel.

MV Rachel Corrie dinamai sama dengan aktivis AS yang diremukkan hingga tewas oleh sebuah buldoser militer Israel dalam demonsrasi pro Palestina di Jalur Gaza pada 2003. (ANTARA)

Monday, May 17, 2010

MAPIM BANTAH LESEN JUDI PERTARUHAN PERLAWANAN BOLA DUNIA

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ,
Suite 1 , Tingkat 5 ,
Perak Tecnology Trade Center , Jelapang , Ipoh Perak D.Redhuan.

16hb Mei 2010

Kenyataan Media

MAPIM BANTAH LESEN JUDI PERTARUHAN PERLAWANAN BOLA DUNIA

MAPIM membantah keras keputusan pihak kerajaan yang meluluskan lesen untuk membenarkan orang ramai terlibat dengan pertaruhan dalam perlawanan bola dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Jelas dengan kelulusan tersebut pihak kerajaan sudah terperangkap dengan pemikiran bahawa dengan meng “ halal”kan judi , dianggap ia boleh mengatasi gejala sosial yang amat negatif itu .
Dengan logik yang dangkal , pihak kerajaan berpendirian gejala berjudi akan tetap berlaku jika ia tidak dikawal melalui lesen. Dengan mengeluarkan lesen kerajaan menguna alasan gejala judi dapat dikawal.
Logik yang tidak berlandaskan nilai sosial dan nilai akhlaq yang sangat ditentang oleh Islam inilah yang menyebabkan kerajaan mengambil keputusan bahawa meluluskan lesen judi adalah jawapan kepada membendung “judi haram”.
MAPIM bertegas selagi kerajaan sendiri berdalih dengan menggunakan logika bahawa membenteras yang haram adalah dengan cara mengeluarkan lesen yang boleh meng”halal”kannya dengan tujuan memudahkan kawalan dan pemantauan , maka selagi itu masyarakat dan rakyat keseluruhannya di negara ini akan terdedah kepada pelbagai kemungkaran-kemungkaran yang “halal”.
Soalnya apakah pihak kerajaan dan golongan yang tunduk kepada alasan ini tidak mengambilkira betapa mudharat lesen judi adalah jauh lebih buruk dari “manfaat”nya.
Kos yang ditanggung oleh rakyat dan negara bukan sahaja dari segi kewangan yang melibatkan lebih dari RM 10 bilion setahun malah juga termasuk kos sosial , kos produktiviti , kos kestabilan institusi keluarga , kos keselamatan awam dan kos terhadap perbelanjaan negara.
Jika benar kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering di war-warkan , kenapa sekarang suara Kumpulan BERJAYA yang nampaknya diberi keuatamaan.
MAPIM dengan tegas mendesak pihak kerajaan segera menarik balik keputusan tersebut dan meningkatkan penguatkuasa pencegahan judi. MAPIM juga mengesa agar kerajaan memulakan proses mengharamkan judi dalam apa bentuk sekalipun agar Malaysia menjadi sebuah negara yang menolak judi sebagai aktiviti yang sah semada pada skala individu mahupun diperingkat korporat.
Jika kerajaan bertegas terhadap dadah sebagai musuh negara nombor 1 yang mengakibatkan kerosakan masyarakat , mengapa prinsip dan label yang sama tidak diguna ke atas judi yang mempunyai kesan yang sama.
MAPIM akan melancarkan kempen meluas melalui suatu referendum rakyat untuk mendesak kerajaan membuat keputusan mengharamkan judi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM/Presiden TERAS



'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

SEKALUNG KATA DARI MAPPIM

Hasil dari mesyuarat AJK di Jelapang Ipoh pada 15 Mei yang lalu telah memutuskan agar MAPPIM punya blog sendiri. Jadi kami sangat berharap agar ianya bermanfaat kepada semua khasnya anggota MAPPIM yang berada di seluruh Malaysia.

Kami terus menerima keahlian dari mana-mana pihak yang berminat untuk bersama dalam sebuah badan Perundingan ini bagi memudahkan kerjasama dan keberkesanan gerakerja NGO di seluruh Malaysia.

Atas kerjasama dan komitmen yang jitu dari semua pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Admin blog MAPPIM